1. BERUANG ROBOT YANG BOLEH MENGANGKAT MANUSIA
Gambar1 : Beruang Robot Yang Boleh Mengangkat Manusia
RIKEN-TRI Collaboration Center for Human-Interactive Robot Research (RTC), yang
ditubuhkan sebagai projek usahasama di antara RIKEN dan Tokai Rubber
Industries, Ltd. (TRI), telah mencipta robot pembantu perubatan yang dinamakan RIBA
(Robot for Interactive Body Assistance).
RIBA merupakan robot pertama yang boleh mengangkat dan meletakkan manusia
dari katil ke kerusi roda atau sebaliknya. RIBA melakukannya dengan menggunakan
kekuatan tangannya yang menyerupai tangan manusia serta dipandu oleh pengesan
sentuhan yang berketepatan tinggi.
RIBA dibangunkan dengan menggabungkan teknologi kawalan, pengesan sentuhan
serta pemprosesan informasi dari RIKEN dengan teknologi bahan dan rekabentuk
struktur dari TRI.
http://rtc.nagoya.riken.jp/RIBA/index-e.html
2. PROSEDUR MENEGANGKAN MUKA
Gambar 2 : Menegangkan kepala
Pembalut direndam ke dalam larutan garam yang steril dan dipasang ke muka. Kemudian udara yang sejuk dihembus kepada pembalut untuk membekukan sel-sel lemak di bawahnya. Ini dilakukan tanpa merosakkan kulit atau tisu-tisu di sekelilingnya.
Gambar-gambar di sebelah kanan menunjukkan perbezaan wajah sebelum dan
selepas menjalani prosedur ini.
Tiada ubat atau masa pemulihan diperlukan kerana prosedur ini tidak
menggunakan jarum, pisau, laser atau alat penyedut.
Teknologi tanpa pembedahan ini dikenali sebagai cryolipolysis™ (cold
lipolysis), yang bermaksud pemecahan lemak secara pembekuan.
Prosedur ini diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA) Amerika
Syarikat pada September, 2010 sebagai teknologi penghapusan sel lemak yang
tidak merosakkan kulit.
Beribu-ribu orang telah menjalani prosedur ini di mana purata kosnya adalah
sekitar USD1,500.00 ke USD3,000.00.
Sumber:
http://www.inventor-strategies.com/amazing-inventions.html
3. SUNTIKAN TANPA JARUM
Gambar 3: Suntikan Tanpa Jarum
Ciptaan ini merupakan suatu alat yang digunakan untuk memasukkan ubat atau
vaksin melalui kulit.
Ia merupakan kaedah alternatif kepada suntikan jarum. Melalui teknologi
yang dikenali sebagai ‘micro-poration’ ini, ubat dipindahkan ke dalam badan
dengan menggunakan teknologi laser tanpa menimbulkan rasa sakit.
Alat yang dipegang dengan tangan membentuk lubang-lubang halus pada
epidermis kulit bagi membolehkan molekul-molekul ubat dipindahkan ke dalam
badan.
Ciptaan ini menyerupai alat ‘tanpa-jarum’ yang digunakan oleh Dr. “Bones”
McCoy di dalam siri televisyen Star Trek. Siri televisyen yang popular tersebut
telah memberi inspirasi kepada penciptaan beberapa teknologi baru termasuklah
teknologi telefon pintar.
Penggunaan teknologi ‘micro-poration’ ini tidak menyakitkan dan boleh
dilakukan sendiri oleh pesakit tanpa sebarang pengawasan. Ia turut dilengkapkan
dengan ciri-ciri untuk mengawal dos ubat.
4. PEMANAS BADAN BAYI
Gambar 4: Pemanas Badan Bayi
Bayi pra-matang perlu diletakkan di tempat yang hangat tetapi kos untuk
sebuah inkubator adalah sangat tinggi. Inkubator juga memerlukan kuasa elektrik
yang sukar di dapati di negara-negara membangun terutamanya di kawasan luar
bandar.
Bagi mengatasi masalah ini, Jane dan Rajan, siswazah dari Stanford
University, telah mencipta inkubator bayi yang ringkas, mudah-alih dan boleh
diguna semula tanpa memerlukan kuasa elektrik. Kos inkubator ini tidak lebih
dari USD30.00 (RM100.00).
Alat ini adalah selamat dan mudah untuk digunakan. Ia tidak mempunyai
bahagian yang boleh bergerak dan amat mudah untuk disterilkan. Bentuknya
seperti beg tidur yang kecil tetapi rekabentuknya amat bijak.
Ia mempunyai kantung yang mengandungi bahan seperti lilin yang menghasilkan
haba ke sekitar selimut tersebut pada suhu 37 darjah Celcius – suhu yang
kritikal untuk bayi terus hidup.
Kantung ini boleh dikeluarkan dari selimut berkenaan dan diletakkan ke
dalam air panas selama 15 minit untuk mengaktifkannya. Kemudian ia dimasukkan
semula ke dalam selimut tersebut. Bahan khas yang digunakan mengekalkan suhu
selama 4 jam dengan menyerap haba sekiranya bayi terlalu panas dan mengeluarkan
haba sekiranya bayi terlalu sejuk.
Sources: embraceglobal.org;ted.com/talks/jane_chen_a_warm_embrace_that_saves_lives.html
5. JAM TANGAN PEMANTAU TEKANAN DARAH
Gambar 6 : Jam Tangan Yang Boleh Memantau Tekanan Darah
Para penyelidik berharap alat yang boleh mengawasi ‘vital signs’ (suhu
badan, tekanan darah, kadar denyutan jantung dan pernafasan) pada sepanjang
masa akan membantu pesakit untuk mengawal tekanan darah mereka dengan lebih
baik.
Alat pengawasan tanpa wayar dari Healthstats ini boleh mengesan tekanan
darah dengan mengesan gelombang tekanan darah yang melalui salurdarah.
Kerjasama di antara Hewlett-Packard dan syarikat Healthstats dari Singapura
telah menghasilkan alat ini yang memudahkan para pesakit dan doktor untuk
mengawasi tekanan darah. Alat yang mempunyai bentuk dan saiz seperti jam tangan
biasa ini boleh mengawasi tekanan darah secara berterusan. Ini akan memberikan
gambaran yang lebih tepat berbanding bacaan yang sekali sekala diambil di
klinik atau hospital.
Alat ini turut dilengkapi dengan perisian khas yang direka untuk memberikan
maklumat kepada pesakit dan doktor. Data akan dihantar dari alat ini ke telefon
bimbit pesakit yang seterusnya akan menghantar data ini ke portal khas yang
boleh diakses oleh doktor. Pesakit dan doktor boleh melihat graf tekanan darah
pada bila-bila masa dan sistem ini akan mengeluarkan bunyi penggera sekiranya
ia mengesan bacaan yang luarbiasa.
6. SUDU UNTUK PESAKIT PARKINSON
Gambar 6: Sudu Untuk Pesakit Parkinson
Lift Labs, sebuah syarikat yang telah dibeli oleh Google baru-baru ini
telah mencipta sudu yang boleh mengesan gegaran pada tangan manusia. Sudu
tersebut yang dinamakan Liftware, berfungsi dengan meneutralkan kesan gegaran
yang dikesan pada tangan pemegangnya.
Menurut Lift Labs, sudu tersebut berupaya menghilangkan 70 peratus gegaran,
membolehkan mereka yang menderita penyakit Parkinson untuk mengekalkan makanan
di dalam sudu mereka.
Susu tersebut boleh dicaj semula, kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja
seperti ke restoran atau majlis makan malam.
Sudu Liftware boleh ditanggalkan dari bahagian bawahnya, membolehkan
penggunanya bertukar dari sudu ke garpu.
7. KAKI BIONIK
Gambar 7. Kaki Bionik
Jurutera di
Universiti Michigan, Kuo dan Steve Collins telah mencipta kaki bionik
prostesis. Prinsip kaki buatan ini adalah berdasarkan kepada mengitar semula
tenaga antara dua langkah dalam meningkatkan kekuatannya. Kaki buatan manusia
ini adalah sesuatu yang berguna dimana ia boleh digunakan semasa peperangan,
bencana alam kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana itu.
8. PAPAN KEKUNCI KOMPUTER UNTUK ORANG BUTA
Gambar 8: Papan Kekunci Komputer Untuk Orang Buta
Rekaan terbaru dari
Siafu PC memberikan kesempatan kepada orang yang mempunyai kecacatan
penglihatan (buta) untuk merasakan pengalaman yang lain dalam menggunakan
komputer. Alat ini benar-benar mengubah cara orang buta berinteraksi dengan
komputer, yaitu melalui sentuhan secara langsung. Permukaan Siafu menggunakan
menggunakan bahan khusus yang disebut magneclay. Permukaan bahan ini dapat
berubah menjadi bentuk tertentu. ertinya bahwa permukaan bahan ini dapat
menampilkan bentuk huruf braille sebagaimana buku yang digunakan orang
tunanetra pada umumnya. Siafu juga dapat menampilkan bentuk relief 3
dimensi,sehingga org yang cacat penglihatan dapat merasakan bentukan garfik
komputer untuk pertama kalinya.
9.
MANGKUK TANDAS DENGAN PENAPIS URIN
Gambar 9. Mangkuk Tandas Dengan Penapis
Urin
Sejenis mangkuk tandas yang mempunyai dua mangkuk berasingan
dengan fungsi yang berbeza. Mempunyai mangkuk khas untuk menapis air urin
berbanding dengan mangkuk tandas yang biasa. Menapis urin dengan tujuan untuk
mengambil fosforus dari urin tersebut. Ini berbeza dengan tandas konvensional
yang mana air urin terus mengalir ke dalam mangkuk yang mempunyai air
bertakung. Fosforus penting untuk
penghasilan baja mesra alam dan bekalan dijangka semakin susut untuk
beberapa tahun lagi.
10. PENDINGIN HAWA PERIBADI
Gambar 10. Handycooler – Pendingin Hawa
Peribadi
Handycooler Personal Air Conditioner
adalah pendingin hawa mudah alih. Pengguna hanya perlu membasahkan span khas
yang tersedia pada gajet ini dengan sedikit air dan penapis air pada gajet ini
akan menghasilkan udara sejuk . Selain itu, gajet ini juga berfungsi
sebagai pelembap udara bagi mengelakkan alahan. Ia bersaiz kecil dan
ringan, memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana-mana untuk menikmati udara
sejuk pada bila-bila masa.











2 ulasan:
Saya harap kawan-kawan seperjuangan sudi memberi komen terhadap isu yang dibangkitkan oleh saya.
Terima kasih atas komen anda.
peralatan yang berguna dan memberi manfaat kepada pesakit. Nurul Huda hashim A143734
Catat Ulasan