Khamis, 25 Jun 2015 | By: Suhana Mohd Nor

PROFILE



Nama               : Suhana Binti Mohd Nor

No. Matrik       : A143735

Program           : Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (Separuh Masa)

Semester          : Tahun 2 semester 2 (2014/2015)

Tutorial            : GGGE 2123 Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan

Masa                : 1500 – 1800

Tempat            : Dewan Watson

Email               : suhanamohdnor@ymail.com

Facebook         : Suhana Mohd Nor

Alamat Kolej   : Tingkat 5, Blok Pendidikan, Pusat Perubatan UKM

10 FILE YOUTUBE TEKNO & INOVASI



1. Google Buys Lift Labs_ Maker Of Spoon For Parkinson's Tremors





2. Active Bandage Concept using on PolyPower DEAP material





3. Ground Breaking Technology Lends Vision To The Blind





4. Med-Q Pill Box Organizer- RehabMart.com





5.Thermometers by EASYTEM Co_. Ltd






6. Wrist Blood Pressure Monitor





7. Watch This Robot Draw Blood From Patient





8. RIBA Robotic Bear Nurse





9. New Smart ARMOUR Clothing Will Protect Elderly from FRACTURES





10. Portable Digital X-Ray



10 gambar Tekno & Inovative



1.    BERUANG ROBOT YANG BOLEH MENGANGKAT MANUSIA





















Gambar1 : Beruang Robot Yang Boleh Mengangkat Manusia

RIKEN-TRI Collaboration Center for Human-Interactive Robot Research (RTC), yang ditubuhkan sebagai projek usahasama di antara RIKEN dan Tokai Rubber Industries, Ltd. (TRI), telah mencipta robot pembantu perubatan yang dinamakan RIBA (Robot for Interactive Body Assistance).
RIBA merupakan robot pertama yang boleh mengangkat dan meletakkan manusia dari katil ke kerusi roda atau sebaliknya. RIBA melakukannya dengan menggunakan kekuatan tangannya yang menyerupai tangan manusia serta dipandu oleh pengesan sentuhan yang berketepatan tinggi.
RIBA dibangunkan dengan menggabungkan teknologi kawalan, pengesan sentuhan serta pemprosesan informasi dari RIKEN dengan teknologi bahan dan rekabentuk struktur dari TRI.

http://rtc.nagoya.riken.jp/RIBA/index-e.html




2.    PROSEDUR MENEGANGKAN MUKA




Gambar 2 : Menegangkan kepala

Pembalut direndam ke dalam larutan garam yang steril dan dipasang ke muka. Kemudian udara yang sejuk dihembus kepada pembalut untuk membekukan sel-sel lemak di bawahnya. Ini dilakukan tanpa merosakkan kulit atau tisu-tisu di sekelilingnya.
Gambar-gambar di sebelah kanan menunjukkan perbezaan wajah sebelum dan selepas menjalani prosedur ini.
Tiada ubat atau masa pemulihan diperlukan kerana prosedur ini tidak menggunakan jarum, pisau, laser atau alat penyedut.
Teknologi tanpa pembedahan ini dikenali sebagai cryolipolysis™ (cold lipolysis), yang bermaksud pemecahan lemak secara pembekuan.
Prosedur ini diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat pada September, 2010 sebagai teknologi penghapusan sel lemak yang tidak merosakkan kulit.
Beribu-ribu orang telah menjalani prosedur ini di mana purata kosnya adalah sekitar USD1,500.00 ke USD3,000.00.

Sumber:
http://www.inventor-strategies.com/amazing-inventions.html




3.    SUNTIKAN TANPA JARUM















Gambar 3: Suntikan Tanpa Jarum

Ciptaan ini merupakan suatu alat yang digunakan untuk memasukkan ubat atau vaksin melalui kulit.
Ia merupakan kaedah alternatif kepada suntikan jarum. Melalui teknologi yang dikenali sebagai ‘micro-poration’ ini, ubat dipindahkan ke dalam badan dengan menggunakan teknologi laser tanpa menimbulkan rasa sakit.
Alat yang dipegang dengan tangan membentuk lubang-lubang halus pada epidermis kulit bagi membolehkan molekul-molekul ubat dipindahkan ke dalam badan. 
Ciptaan ini menyerupai alat ‘tanpa-jarum’ yang digunakan oleh Dr. “Bones” McCoy di dalam siri televisyen Star Trek. Siri televisyen yang popular tersebut telah memberi inspirasi kepada penciptaan beberapa teknologi baru termasuklah teknologi telefon pintar.
Penggunaan teknologi ‘micro-poration’ ini tidak menyakitkan dan boleh dilakukan sendiri oleh pesakit tanpa sebarang pengawasan. Ia turut dilengkapkan dengan ciri-ciri untuk mengawal dos ubat.




4.    PEMANAS BADAN BAYI





















Gambar 4: Pemanas Badan Bayi

Bayi pra-matang perlu diletakkan di tempat yang hangat tetapi kos untuk sebuah inkubator adalah sangat tinggi. Inkubator juga memerlukan kuasa elektrik yang sukar di dapati di negara-negara membangun terutamanya di kawasan luar bandar.
Bagi mengatasi masalah ini, Jane dan Rajan, siswazah dari Stanford University, telah mencipta inkubator bayi yang ringkas, mudah-alih dan boleh diguna semula tanpa memerlukan kuasa elektrik. Kos inkubator ini tidak lebih dari USD30.00 (RM100.00).
Alat ini adalah selamat dan mudah untuk digunakan. Ia tidak mempunyai bahagian yang boleh bergerak dan amat mudah untuk disterilkan. Bentuknya seperti beg tidur yang kecil tetapi rekabentuknya amat bijak.
Ia mempunyai kantung yang mengandungi bahan seperti lilin yang menghasilkan haba ke sekitar selimut tersebut pada suhu 37 darjah Celcius – suhu yang kritikal untuk bayi terus hidup.
Kantung ini boleh dikeluarkan dari selimut berkenaan dan diletakkan ke dalam air panas selama 15 minit untuk mengaktifkannya. Kemudian ia dimasukkan semula ke dalam selimut tersebut. Bahan khas yang digunakan mengekalkan suhu selama 4 jam dengan menyerap haba sekiranya bayi terlalu panas dan mengeluarkan haba sekiranya bayi terlalu sejuk.

Sources: embraceglobal.org;ted.com/talks/jane_chen_a_warm_embrace_that_saves_lives.html




5.    JAM TANGAN PEMANTAU TEKANAN DARAH





















Gambar 6 : Jam Tangan Yang Boleh Memantau Tekanan Darah

Para penyelidik berharap alat yang boleh mengawasi ‘vital signs’ (suhu badan, tekanan darah, kadar denyutan jantung dan pernafasan) pada sepanjang masa akan membantu pesakit untuk mengawal tekanan darah mereka dengan lebih baik.
Alat pengawasan tanpa wayar dari Healthstats ini boleh mengesan tekanan darah dengan mengesan gelombang tekanan darah yang melalui salurdarah.
Kerjasama di antara Hewlett-Packard dan syarikat Healthstats dari Singapura telah menghasilkan alat ini yang memudahkan para pesakit dan doktor untuk mengawasi tekanan darah. Alat yang mempunyai bentuk dan saiz seperti jam tangan biasa ini boleh mengawasi tekanan darah secara berterusan. Ini akan memberikan gambaran yang lebih tepat berbanding bacaan yang sekali sekala diambil di klinik atau hospital. 
Alat ini turut dilengkapi dengan perisian khas yang direka untuk memberikan maklumat kepada pesakit dan doktor. Data akan dihantar dari alat ini ke telefon bimbit pesakit yang seterusnya akan menghantar data ini ke portal khas yang boleh diakses oleh doktor. Pesakit dan doktor boleh melihat graf tekanan darah pada bila-bila masa dan sistem ini akan mengeluarkan bunyi penggera sekiranya ia mengesan bacaan yang luarbiasa.




6.    SUDU UNTUK PESAKIT PARKINSON













Gambar 6: Sudu Untuk Pesakit Parkinson

Lift Labs, sebuah syarikat yang telah dibeli oleh Google baru-baru ini telah mencipta sudu yang boleh mengesan gegaran pada tangan manusia. Sudu tersebut yang dinamakan Liftware, berfungsi dengan meneutralkan kesan gegaran yang dikesan pada tangan pemegangnya.
Menurut Lift Labs, sudu tersebut berupaya menghilangkan 70 peratus gegaran, membolehkan mereka yang menderita penyakit Parkinson untuk mengekalkan makanan di dalam sudu mereka.
Susu tersebut boleh dicaj semula, kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja seperti ke restoran atau majlis makan malam.
Sudu Liftware boleh ditanggalkan dari bahagian bawahnya, membolehkan penggunanya bertukar dari sudu ke garpu. 




7.    KAKI BIONIK
















Gambar 7. Kaki Bionik

Jurutera di Universiti Michigan, Kuo dan Steve Collins telah mencipta kaki bionik prostesis. Prinsip kaki buatan ini adalah berdasarkan kepada mengitar semula tenaga antara dua langkah dalam meningkatkan kekuatannya.  Kaki buatan manusia ini adalah sesuatu yang berguna dimana ia boleh digunakan semasa peperangan, bencana alam kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana itu.




8.    PAPAN KEKUNCI KOMPUTER UNTUK ORANG BUTA

















Gambar 8: Papan Kekunci Komputer Untuk Orang Buta

Rekaan terbaru dari Siafu PC memberikan kesempatan kepada orang yang mempunyai kecacatan penglihatan (buta) untuk merasakan pengalaman yang lain dalam menggunakan komputer. Alat ini benar-benar mengubah cara orang buta berinteraksi dengan komputer, yaitu melalui sentuhan secara langsung. Permukaan Siafu menggunakan menggunakan bahan khusus yang disebut magneclay. Permukaan bahan ini dapat berubah menjadi bentuk tertentu. ertinya bahwa permukaan bahan ini dapat menampilkan bentuk huruf braille sebagaimana buku yang digunakan orang tunanetra pada umumnya. Siafu juga dapat menampilkan bentuk relief 3 dimensi,sehingga org yang cacat penglihatan dapat merasakan bentukan garfik komputer untuk pertama kalinya.




9.    MANGKUK TANDAS DENGAN PENAPIS URIN

















Gambar 9. Mangkuk Tandas Dengan Penapis Urin 

Sejenis mangkuk tandas yang mempunyai dua mangkuk berasingan dengan fungsi yang berbeza. Mempunyai mangkuk khas untuk menapis air urin berbanding dengan mangkuk tandas yang biasa. Menapis urin dengan tujuan untuk mengambil fosforus dari urin tersebut. Ini berbeza dengan tandas konvensional yang mana air urin terus mengalir ke dalam mangkuk yang mempunyai air bertakung. Fosforus penting untuk penghasilan baja mesra alam dan bekalan dijangka semakin susut untuk beberapa tahun lagi.




10. PENDINGIN HAWA PERIBADI





















Gambar 10. Handycooler – Pendingin Hawa Peribadi

Handycooler Personal Air Conditioner adalah pendingin hawa mudah alih. Pengguna hanya perlu membasahkan span khas yang tersedia pada gajet ini dengan sedikit air dan penapis air pada gajet ini akan menghasilkan udara sejuk . Selain itu, gajet ini juga berfungsi sebagai pelembap udara bagi mengelakkan alahan.  Ia bersaiz kecil dan ringan, memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana-mana untuk menikmati udara sejuk pada bila-bila masa.


BBM Bukan Elektronik (model) PASU BUNGA


 Bahan-bahan : 

1. Botol 
2. Tali 
3. Gam Uhu
4. Hiasan manik
5. Hiasan kumbang



Lilit tali keliling botol dengan calitan gam uhu untuk mengukuhkan kedudukannya. Lidi digunakan untuk merapatkan kedudukan lilitan tali itu.



Tali dililit keseluruhan botol, dirapat- rapatkan kedudukan tali supaya kemas. Kemudian hiasan ditampal untuk membuatkan botol lagi menarik.
























Pasu yang telah terhasil dari barang terbuang iaitu botol serta bahan- bahan yang sedia ada di rumah tanpa perlu membelinya.
Pandangan dekat bahagian hadapan.






















Pandangan dekat bahagian belakang






















Pandangan dekat bahagian kiri






Pandangan dekat bahagian kanan


















Pandangan dekat bahagian atas




Pandangan dekat bahagiaan bawah






















Pandangan separa jauh bahagian kiri






















Pandangan separa jauh bahagian kanan




Penulisan Artikel

ISU PILIHAN BERKAITAN BIDANG TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN


SUKATAN PELAJARAN YANG TIDAK SEIRING DENGAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI


Bidang pendidikan kini sedang mengalami peningkatan yang pesat di dalam penggunaan teknologi dan inovasi. Penggunaannya merangkumi aspek pentadbiran, peralatan mengajar serta penganalisaan data. Hampir semua pusat pengajian di dunia kini menyediakan subjek khusus untuk para pelajar memahami serta mengaplikasikan penggunaan teknologi di dalam pembelajaran mereka.
Perkembangan teknologi yang begitu pesat telah menyebabkan timbul kesukaran kepada pusat pengajian untuk menyediakan sukatan pelajaran yang relevan dengan teknologi semasa. Sukatan pelajaran perlulah seiring dengan peningkatan teknologi supaya pelajar dapat mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian selain mengelakkan mereka dari merasa bosan.

CADANGAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN SUKATAN PELAJARAN SEIRING DENGAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

  1. Para pengajar perlu sentiasa mengikuti perkembangan terkini di dalam dunia teknologi melalui pembacaan atau kursus yang berterusan.   
  2. Mewujudkan komuniti di kalangan pengajar untuk berkongsi ilmu serta mendapatkan maklumat terkini
  3. Mengenalpasti sukatan pelajaran yang terkini dari pusat pengajian terkemuka di dunia
  4. Mengadakan sistem ganjaran khusus untuk pengajar yang inovatif
  5. Memastikan sukatan pelajaran yang tidak jumud; terbuka untuk menerima perubahan teknologi baru.
  6. Mengadakan perkongsian pintar dengan syarikat yang terbabit secara langsung dengan peningkatan teknologi seperti Microsoft, Apple dan seumpanya.

Video Klip