ISU PILIHAN BERKAITAN BIDANG TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
SUKATAN PELAJARAN YANG TIDAK SEIRING DENGAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
Bidang pendidikan kini sedang mengalami peningkatan yang pesat di dalam penggunaan teknologi dan inovasi. Penggunaannya merangkumi aspek pentadbiran, peralatan mengajar serta penganalisaan data. Hampir semua pusat pengajian di dunia kini menyediakan subjek khusus untuk para pelajar memahami serta mengaplikasikan penggunaan teknologi di dalam pembelajaran mereka.
Perkembangan teknologi yang begitu pesat telah menyebabkan timbul kesukaran kepada pusat pengajian untuk menyediakan sukatan pelajaran yang relevan dengan teknologi semasa. Sukatan pelajaran perlulah seiring dengan peningkatan teknologi supaya pelajar dapat mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian selain mengelakkan mereka dari merasa bosan.
CADANGAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN SUKATAN PELAJARAN SEIRING DENGAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
- Para pengajar perlu sentiasa mengikuti perkembangan terkini di dalam dunia teknologi melalui pembacaan atau kursus yang berterusan.
- Mewujudkan komuniti di kalangan pengajar untuk berkongsi ilmu serta mendapatkan maklumat terkini
- Mengenalpasti sukatan pelajaran yang terkini dari pusat pengajian terkemuka di dunia
- Mengadakan sistem ganjaran khusus untuk pengajar yang inovatif
- Memastikan sukatan pelajaran yang tidak jumud; terbuka untuk menerima perubahan teknologi baru.
- Mengadakan perkongsian pintar dengan syarikat yang terbabit secara langsung dengan peningkatan teknologi seperti Microsoft, Apple dan seumpanya.
7 ulasan:
Setiap dari kita perlu menyediakan diri dalam perkembangan pesat teknologi terkini. Junaita Mohammad Ramly A143725
Terima kasih sudi memberi komen
Sukatan pelajaran sememangnya harus seiring dengan peningkatan teknologi kerana P&P yang berasaskan ICT menjadikan pengajaran lebih berkesan dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran interaktif dan lebih menyeronokkan.
Nurhayati Binti Abdul Hamid-A143758
ya setiap pembelaran mestilah up to date dengan teknologi masa kini
ya setiap pembelaran mestilah up to date dengan teknologi masa kini
Saya setuju di mana pembelajaran perlu seiring dengan perkembangan ict dalam dunia moden masakini.
Salam. Saya setuju degan pandangan diatas. Seseorang individu iu haruslah pertingkatkan diri dengan teknologi terkini agar tidak ketinggalan.
Catat Ulasan